Saturday 29 September 2012

permata hatiku

Assalamualaikum ,
 
nampak tak tajuk tuu , permata hatiku , well .
tajuk tu sempena dgn kem yang aku hadiri pada 21/9-22/9 ,
program nie khas untuk pelajar yg akn menduduki peperiksaan PMR ,
malas aku nak bermukadimah pnjang  - pnjang , idea pown kurang ,
ayuh ! kita mulakan -,-
 
 
21/9 - jumaat (petang)
 
aku kemas barang sehabis mungkin ,
baju , telekung , seluar , baju kurung , tudung , macam2 lagi laa , rasa mcm nak bwk smua baju
tapi mcm tak muat beg jee ,
tak masukkan lagi berus gigi , ubat gigi , sabun , dan alat yg tak diperlukan :D
 
2.30 petang ,
 
aku bertolak dari rumah , setelah siap sedia untuk pegi kem ,
aku pegi dgn abah , then singgah amik Intan , dia pegi dgn aku sebab katanya ayahnya out station ,
then sampai dkt skolah , Na dgn Nurul dh sampai , diorang tunggu dkt bus stop ,
hanya beberapa org je yg sampai , takdela ramai sgt -,-
lps dh letak beg , aku ngn Intan pegi uat pendaftaran , ala sign aje , nama dah disediakan pown ,
then sembang2 dkt bus stop , sorang demi sorang kengkawan kami dtg ,
lepastu kami pegi kedai dekat area2 skola jee , nak beli brg skit ,
tapi aku beli air jee :D

4.30 petang -,-

kami balik skola , then trus gerak pegi dewan , ada taklimat -,-
tapi aku rasa lebih kepada menyembang , kaunselor bagi taklimat ,
kami menyembang , tersangatlah awesome ,

5.00 petang ,

simpan barang dkt surau , plajar perempuan tido di surau ,
pelajar lelaki tido di dewan -,-
ok la daripada tido dlm khemah macam sebelum nie ,
lepas tu riadah sampai pkul 6 ,
lepas riadah , mandi , turun makan malam , naik surau sembahyang ,
lepas sembahyang ada ceramah drpda Ustaz Fawwaz ,
best ! ustaz tu bagi ceramah , gelak je keja ,
satu yg aku tak suka ustaz buat muka gatal ,
tapi okla , mungkin dia taknak bagi budak2 mengantuk , pulakk !

mlm tu jgk aku ngn kengkawan pegi memberanikan diri ,
ke blok yg gelap , semata - mata nak amik seterika yg aku tinggal kt klas form 4 ,
ketaq lutut hoii nak amik , nasib baik la ramai yg ikut , :)

lbih kurang pkul 1 lebih aku tido then aku jaga balik ,
sbb bdk pompuan bising dlm surau , mcm nak pegi cium je rasa , mulut tu tak boleh gamaknya sembang pelan - pelan -,-
aku jaga tu haziqah ajk makan , sbb lpr , aku mkn keropok mamee , dia yg bagi ,
dkt2 pkul 2 pagi bru la tido ,

22/9 sabtu -,-

bangun pkul 3.45 pagi , sbb ada qiamullail ,
budak2 aku tak mndi pown , sbb sejuk , lgpown takut tak sempat ,
pkul 4 budak laki masuk surau , nak qiamullail ,
bila start qiamullail kaunselor tutup lampu ,
dalam hati aku dok sumpah seranah dah ,
dahla mengantuk , kalau aku tido masa sembahyang macam mana ?
dgn nyamuk dtg menyengat , dgn gelap gelita lagi , haish ! sabar je la hati , nak beribadat nii -,-
pkul 6.30 habis sekali dgn solat subuh , aku insaf la jgk sikit ,

masa pkul 6.30 tuu aku cuit Na dkt sebelah , aku cakap

aku : wei , Na kita nie tak mandi lagi dah pukul 6.30 , pkul 7 dah kena turun sarapan , macam mana nie ? sempat ka ?
Na : tu laa , mintak2 la sempat , mandi koboi dahlaa ,
aku : hmmm -,-

lps tu aku pegi tandas aku mandi koboi jee , 

7.00 pagi ,  

turun sarapan ,
nasi lemak ! argghh dahla aku tak suka nasi lemak ,
berkira btol la pakcik kantin nie ,
lepas dah mkn tnggu pkul 7.30 , lps tu msuk blaja,
almaklumlah hari tu hari persekolahan ganti , ikut jdual ari jumaat , kejap je la kan,
masa blaja sejarah dlm dewan , boleh dikatakan semua budak tido ,
aku dgn Na je yg tak tido ,
sbb kami dok tgk ragam2 manusia yg tgh tido ,
macam - macam ada ,
ada yg cover mulut , ada yg ternganga , aku yg tido sambil duduk , ada yg tido sandar kt kwn ,
haishh mcm2 laa , ada yg tido sambil control macho pown ada ! 
skit prut aku gelak , tapi mata aku tak ngantuk pown ,
tapi masa KH dlm kelas aku tido jugak , sbb ckgu bagi chance -,-
akku tido kejap jee , sbb Na pnggil aku sruh tmankan dia , dia tak nagntuk ,
kami sembang mcm2 dgn budak indian , gelak2 sume ada ,
sampai sorang budak indian tu ckp ,
'wei , semalam hampa dua org nie tak qiamullail ka , semua prempuan Islam tido , hampa tak tido ka ?' kami  sengih je , tak tau nak bls apa ,

1.30 petang -,-

ada bacaan yassin , baca2 yassin , sembahyang hajat , ucapan pengetua ,
then trus blik ,
seronok sesangat kem tuu ,
sbb tido lam surau bwh kipas plak tuu , nasib baik tak jadi ais ketul -,-

setakat tu je laa ,
motif tulis entry nie : sesaje , boring , taktau nak buat apa & dah lama tak update blog :D 
 
terima kasih kerana sudi baca entry nie :)

Friday 14 September 2012

tak tau nak cerita apa

Assalamualaikum ,
 
hari ni taktau nak cerita apa -,-
aku cuma nak bagitau perkembangan terkini ,
aiceh bajet artis kau erk ,
 
baiklah , skarang nie aku tgh stalk blog Allahyarhamah Yasmin Hunwick ,
terasa sebak jugak bila baca blog dia , dan jugak kisah tragedi yang menimpa dia -,-
kalau nak kenal arwah dan blog dia , pandai - pandai korang pegi cari dkt google ,
apa ?! tak reti ?
pegi mati !
 
bila aku baca blog dia , aku dapat agak yg arwah seorang yg happy go lucky ,
cantik , pandai , baik da macam - macam lagi laa , dia jugak berdarah campuran ,
Inggeris - Melayu ,
mmg aku tak sangka dia dah meninggal , umur dia baru 17 tahun , hmm , nak buat mcm mna dah ajal dia kann ?
 
Al-Fatihah
 
baiklah , seterusnya -,-
 
sejak akhir - akhir nie aku malas nak pegi sekolah , eh PMR dh nak dekat , tp still lagi mls nk pegi sekolah ,
mungkin sbb skarang dh tak blaja dlm klas , taaappppiiiii blaja kt dewan , WHAT THE FISH?!
dlm dewan mengantuk sgt2 berbanding dlm kelas ,
boleh seseorang bagitau aku kenapa kami belajar dekat dalam dewan ? Anyone ???!
 
next ,
 
budak jambu tgh merajuk dgn aku ,
*err perlu ke aku nak bagitau ?
 
next ,
 
nak beli baju , nak beli baju ,
bila ckp dkt mak nk beli baju , dia ckp PMR 8A
ini bermaksud kalau aku tak dapat 8a aku akn berbogelkah ?
haha , bodohnya soalan , k lepu sgt *muka menyampah -,-
 
next ,
 
err , tu je la kowt ,
#persediaan pmr 20% siap ,
k yg nie tipu ,
aku taktau berapa puluh peratus dah yg siap *muka suci -,-
 
terima kasih kerana membaca entry nie ,  
 
 
 

Thursday 30 August 2012

abaikan -,-

assalamualaikum , 

lamakan aku tak update blog nie , 
cuti pantang ke apa -,-

skarang nie mood raya merdeka , 
so , tak de apa nak cerita 
nak crita pasal raya , 
raya aku takdelah seindah raya korang semua , 
ada juga dapat undangan open house , 
ada yang aku pegi ada yang aku tak pegi :D

raya pertama kat kampung , teramatlah bosan , 
raya kat penang takdelah  bosan sampai macamtuu , 
tapi dapat jumpa adik beradik belah mak aku ,
oklahh tuu :)

keputusan Trial Pmr dah dpt , apa yang boleh aku katakan , 
Alhamdulillah , 

 

~LOL~

Thursday 9 August 2012

sorry

assalamualaikum ,

dah lama tak update blog buruk nie ,
nasib baiklaa igt lagi email n password ,
sebenarnya aku sibuk dgn Trial PMR ,
tapi buku tak baca pown , still target 8A ,
macam mana tuu -,-


tadi aku dan rakan - rakan seperjuangan dah selamat menjawab paper BI n SEJ ,
nak bagitau sikit ,

tadi lepas jawab paper sejarah ,
dgn yakin yg aku boleh dpt cukup - cukup makan jee
heee
ok , dah lepas jawab paper tu , aku tidolaa , lagi 15 minit masa nak habis ,
masa aku tgh sronok tido , tiba - tiba aku mimpi ,
aku mimpi yg mak n abah ada kat dpn aku tgh tgk aku tido dlm dewan peperiksaan ,
dgn tiba - tiba aku terkejut then trus bgun ,
aku mamai la jugak , tgk sekeliling , mak n abah takde pown ,
aku pown checklaa kertas soalan , rupa - rupanya ada lagi dua soalan yg aku tertinggal ,
nasib baik aku mimpi , kalau tak , hilang laa markah aku ,

yang aku sentap sikit , kalau aku hilang semua markah pown aku tak kisah .
tpi macam mana erk perasan mak n abah bila diorang nmpak aku tido dlm dewan peperiksaan ?
sedangkan masa byk lagi ,
maafkan saya-,- mak abah ,
angah janji tak tido dah . angah akn check kertas soalan tu bila dah habis ,
tapi kalau mengantuk tahap tenuk tu insyallah angah akan tido -,-

tu je lah nak cerita ,
doakan kejayaan saya didunia mahupun diakhirat -,-
~ LOL ~


Thursday 19 July 2012

Renungan Bersama



Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu.

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?
Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.
Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=" ok baiiiiii......................................

Suri : Sekadar renungan kita bersama :)
 
    p/s :  aku hampir menangis apa yang dikatakan Suri tuu . tapi aku kuat , ceit! 

Monday 16 July 2012

Perhatian !

Assalamualaikum :)

Dengan ini dimaklumkan bahawasanya saya Nurul Izzati Bt Ismail a.k.a Budak Tak Hot Pun -,-
ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia -,-
iaitu perkara berkaitan dengan account Twitter , account Tagged , account 1st Facebook dgn nama
samaran Nurul Ezza Ezzatie telah ditutup atau dalam bahasa glamour
'close account' atas sebab - sebab yang tertentu ,
tapi dalam banyak - banyak account -,-
account Tagged yang bermakna , sebab ada skandal aku dalam tuu ,
dahla no fon dia lupa nak ambil , then aku pegi close account plak , tak bleh chat dah ,
melainkan aku buat account baru =,=
* k yg ni tipu
 
account Twitter ,

aku close account ni sebab aku tak jumpa langsung faedah bila aku buka benda alah tu ,
setelah berfikiran matang dan dipersetujui oleh aku sendiri , aku ambil keputusan nak close account tu ,
kalau aku tak buat macam tuu , tangan aku akan sengaja nak buka dan buka :)

account Tagged ,

aku close account ni jugak sebab aku asyik chat dengan orang yang sama jee *boleh pakai tak alasan nie ?
sebenarnya aku close account nie sebab aku tak suka orang yang dekat dalam tu ,
so , aku buat keputusan yang matang sekali lagi , nak close account ,

account 1st Facebook ,

aku deactive benda alah ni sebab ada gambar aku yang tak pakai tudung ,
almaklumlah dah nak puasa kann , tak sopan la pulakk -,-
niat dihati nak tutup aurat dengan sempurna , sebab dah besaq panjang dahh ,  ,
*baguss tak aku , kalau bagus tepuk tangan sikitt ,

tu jelah nak cerita , tgh hujan sekarang nie , tido konfem best -,-

terima kasih kerana sudi baca entry nie .





Monday 9 July 2012

tak payah tittle laa



aku menangis masa pertama kali baca benda ni . -,-
~ silalah percaya ~

:)

Tuesday 3 July 2012

Soalan Pelik Sepanjang Zaman

Assalamualaikum ,
topik ni dapat secara spontan beberapa minit lepas ,
Soalan-Soalan Pelik Sepanjang Zaman :D
okay dia punya tajuk je dah macam cukup satu ayat -,-

definisi :
soalan-soalan pelik ni adalah hasil kajian aku selama beberapa tahun . tak silap aku dari form 1 sampailah sekarang . walaupun kita tak suka benda-benda macam ni tapi kadang-kadang kita terpaksa juga mengajukan soalan-soalan sebegini rupa supaya tak di cop sebagai manusia membosankan dan dengan serta merta anda di remove dari friends list seseorang , lepas beberapa minggu anda boleh la close account .
terima kasih :D
 
situasi 1 :-

Ahmad segera menelefon telefon rumah Abu pada petang itu
untuk mengajak beliau hisap rokok tepi longkang ,

Ahmad : Hello ,
Abu : Ya , nak cakap dengan siapa ?
Ahmad : Abu ada ?
Abu : Ya bercakap , ni siapa ye ?
Ahmad : WOIHOI ni aku la Abu Taiko Rawang ! kau kat mana ? jom keluar ,
Abu : kat rumah laaaa -,-
Ahmad : oh yekeee ? -,-
Abu : yelaaaa ! -,-
 
situasi 2 :-

Mak Jemah sedang menyidai pakaian di halaman rumah , lalu disapa oleh Mak Temah , jiran hujung lorong yang baru pulang dari beli ikan kembong RM5.50 sekilo ,

Mak Temah : Woii Jemah , jemur baju keeee ?
Mak jemah : tak laaaa ! basuh kuali -,-
Mak Temah : o,o

dah la , 2 situasi je aku dapat fikir , sebab aku jarang la nak bertanyakan soalan-soalan pelik ni .
moral of the story :
jadilah orang yang bijak walaupun nak bergurau jangan sampai menyusahkan orang lain
nak jawab soalan yang dah terpampang depan mata :D
 
terima kasih kerana membaca entry nie bye .


 
 
 





Saturday 30 June 2012

err ..

Assalamualaikum manusia - manusia sekalian :)


percaya tak kalau aku cakap sekarang nie pkul 12.12 tgh hari . tapi aku still tak kluar blik drpda pgi td .
nak tau sbb apa ?
sbb ada org datang umah aku , segan la plak nak kluar blik .
mesti soalan cepumas diorang akan kluar , antaranya
"eh ! baru bgun tido ke ?
sbb  tu aku mlas nak kluar blik lg . HAHA

baiklah , aku sebenarnya tgh dalam proses nak edit blog nie , mesti korang boring gila sebab blog aku nie Kosong bajet video clip Najwa Latif tuu .
kalau nak merungut , buatlah saya tak kesah ..

malasla pulak nak taip benda alah nie tgh hari mcm nie ,
perut lapar , tapi tawakal je la ,
tggu smpai ttamu yang tak dijemput tu balik rumah . HUHU

tterima kasih kerana membaca entry nie . bye <3 



Friday 29 June 2012

Friend ( part 2 ) !

assalamualaikum :)

sempena dgn malam yang hening nie . aku nak sambung update pasal sugar daddy aku tu ha -,-
haritu mmg igt nak smbung , tapi tahap kesihatan tak mengizinkan ,
serius aku cakap minggu nie tak semangat lgsung nak pegi skola ,
sapa yang skola sma dgn aku , cuba la usha aku , aku diam je kan ?
yes , sebab aku selesema , baru baik drpda demam .
kesian kan dekat aku ,
asal aku lari tajuk nie ?

____________________________________

baiklah , tujuan sebenar aku nak sambung pasal kawan baik lelaki aku ,
maybe bagi korang yang tak baca entry sebelum nie akan keliru ,
apakata scroll dulu baca apa yang aku tulis pasal sugar daddy aku tu ,
aku ada cakap nak sambung kan ?
so , aku nak sambungla skarang nie ,

ehem - ehem ,
aku rasa aku da igt skit macam mana aku boleh rapat dgn si faris nie ,
sebab td aku buka muka buku , then baca semua conversation mesej aku dgn dia ,

nak tau tak ?
nak tau baca la . tak nak tau ? kau punya pasal laa .

aku first kawan dgn dia masa tu maybela dia dok usha kawan aku .
sape ? alaa , kalau bagitau kat kau dah tak sweet la story kami , HAHA
then , dia tnya aku mcm mna nak knal lbih rpt dgn kwn aku tu ,
aku pown bagitau la macam mana dan bagaimana dekat dia ,
tapi aku tak tau dia amalkan ke tak nasihat yang mujarab tu ,

daripada situ la kitorang kawan rapat ,
tukar no fon . text tnya keja skolah , pasal sekolah ,
bleh bygkan tak smpaikan mak cik cleaner sekolah tu pown jadi bahan untuk gossip dgn dia . HAHA . *gurauan semata .

kalau aku tak igt jadual ataupown jadual hilang ,
aku tnya dia . asal kau tak lekatkan je jadual tu kat dinding bilik kau ? menyusahkan org betul !
sebenarnya aku dah lekatkan dah , tapi kertas tu jadi mangsa kerakusan manusia .
cousin aku balik , habis bersepah bilik , smua dia conteng ,
yang menyirapkan darah aku , boleh dia ambil novel aku , then dia koyak , dia lap air yg tertumpah .
sadis gila !
bila aku tnya sapa yang suruh buat macam tu . dia cakap Ciah . adik aku yang bongsu tu Insyirah nama dia ,
nama dah ok dah sebb aku yg pilih nama dia tapi perangai je k.o .
kalau pegi majlis mana - mana malas nak ngaku adik . HAHA   
eh ! asal aku lari tajuk nie hah ?

baiklah , kita sambung balik perbincangan kita ,
kalau aku ada apa - apa berkaitan dgn keje sekolah , orang first aku tnya dia laa .
kalau diaa tak reply mesej ke , barula aku berikhtiar nak kol kengkawan yang lain ,

sekarang nie jarang dah mesej dgn dia , sbb fon rosak .
tapi kalau awak baca entry nie , percayalah bahawasanya fon saya dah pulih seperti sediakala :P
mungkin dia tak bagi saya beli fon baru kowt , dengan serta merta dia dah okay ,
so , kalau nak anta mesej , anta laa .

tapi kalau tak dibalas ,
jgn bimbang mungkin saya tak ada kedit yee .

apa lagi erk yang nak dibahas ?

haa . ini pown penting jugak nie ,
perkara yang paling aku suka kat dia adalah ,
dia single weh , oh ! kau nak mengayat la nih .
hello ! tolong skit erk .
dia ni sama geng dgn aku , sejujurnya pintu hati aku masih lagi tertutup buat masa skarang nie .
sebab aku tak nak suami aku adalah orang yang terakhir mendapat kasih sayang aku , aku nak dia orang pertama dan terakhir yang dapat merasa kasih sayang aku
perrrgghh . bajet hot .
nak buat macam mana aku dah nekad dah .
nak achieve apa yang aku target ! kisah apa kau ? 

daripada pandangan aku yang tak berapa nak jelas nie , sebab aku rabun skitt . tapi alhamdulillah kat rumah je aku pakai spek , kat sekolah belum lagi , sebab rabun aku berlaku msa kat rumah jee .
kepada sesapa yg datang rumah aku ,
please  , aku mohon jangan patah balik sebab maybe korang pelik , aku pakai spek muka agak lain ,
:)
nak buat macam mana dah mata aku ni rabun , tapi rabun masa tgk tv , bila kna cahaya matahari ,
n buka lappy ja , mata aku akan bersilau ,
that's why aku buat spek yang special punya untuk mangatasi masalah nie .
ASAL AKU LARI TAJUK NIE . INI SEMUA MAK JEMAH PUNYA PASAL LAA .

dari pandangan aku , dia nie byk persamaan dgn aku .
nak tauu . hish ! smua bnda kau nak tau .

aku rasa setakat nie je laa dulu . dah ngantok laa . byee

terima kasih kerana membaca entry nie . byee .

 
I Love You as a FRIEND .

Tuesday 26 June 2012

Friend !

Assalamualaikum . :)

sempena hari selasa yg bermakna nie . saya nak bagitau yang saya tak pegi sekolah .
Hei ! bukan malas ye . sbb tak tergerak hati langsung nak pegi sekolah .
memandangkan folio suma dah siap . dah hantar dah pown , so . saya ambil peluang nak ponteng sekolah .

baiklah , mengenai topik kita hari ni iaitu friend a.k.a kawan baik lelaki saya .
anda semua ada kawan baik tak ?  eh ! soalan ape yang kau tnya nie ? of course la ada .
err , maksud saya kawan yang berlainan jenis . berlainan jenis ?
err , yang tak sama jantina ngn kau la ! asal bengap sgt ?!

kau ada ? eh , saya pown ada !
nak tau sapa ? ni ha sudar daddy saya .


WTF ?!  kau cakap dia gemuk , hello , dia tak gemuk okay , dia solid  okay -,-

baiklah , aku kawan dengan dia dah nak dekat 2 tahun dah . start masa form 2 tahun lps . mcm mna mula kawan dgn dy serius aku tak igt -,-
aku bukannya nak menunjuk aku kwn dgn dia ,
tapi nak gossip sikit pasal dia . HAHA

nama ,

aku rasa sapa yang kenal dia ataupun kawan dengan aku dekat sekolah dah tau dah nama dy ,
nama dia ,
Muhammad Faris b. Mohd Fazli ,
kepada tuan punya nama nie . maafkan saya kalau saya eja nama awak tak ikut nama dalam kad pengenalan ,

perangai ,

ehem - ehemm ,
perangai dia nie kalau dalam 10 bintang tu aku bagi 1 la . eh ! sengal kau cakap dy kawan baik berlawanan jantina dgn kau , asal kau bg dia 1 bintang je ?
hei ! kau igt senang ke nak pegi amik bintang dkt langit tu nak bagi dekat dia ?
kira ok la tu , satu bintang ! *sorry emotional ,
sebenarnya , secara jujurnya aku bagi 9/10 bintang la , HAHA
sebab dia ni lelaki , still ada batas - batas pergaulan ok .
kawan dgn dia ni best sebenarnya , sebab aku selalu lepas cakap je kalau text or msg dia ,
kalau dgn lelaki lain , fikir dua tiga kali jugak -,-

lagi satu aku suka perangai budak kecik ni kalau dekat sekolah ,
nak tau pasal apa ? sebab dia tak penah ponteng kelas .
dia tak penah melawan cikgu wa cakap lu -,-
tapi kalau belakang aku dia adalah seorang bakal gangster muda ,
terpulang dekat dia lah -,-
saya tak kesah (<___>)

sebenarnya banyak lagi aku nak cerita pasal budak nie ,
tapi aku lapar gila , almaklumlah sekolah tak pegi , semua benda jadi tergendala -,-
so , insyallah , lepas makan ataupown lepas tido ataupown lepas bangun tido ,
ataupown lepas , lepas , lepas , lepasla .
saya akan update banyak lagi cita pasal budak kecik nie . 


ditaip seikhlas - ikhlasnya oleh saya
 
nurul izzati bt ismail .

 

terima kasih kerana membaca entry nie . bye

assalamualaikum . natikan sambungannya yaa . :)


*abaikan tulisan merah tu , itu sebenarnya saka . HAHA

Saturday 23 June 2012

rindunyee . !

assalamualaikum :)

menaipnya saya disini nak bagitau yang saya rinduu ,
bukannya rindu dekat kekasih hati , tapi rindukan kekasih sejati saya .
ibu saya . <3

tadi pagi nak kol ibu . ibu tak jawab , lepas tu ibu anta mesej ,dia cakap jgn kol sbelum kol 4.30 petang. sebab dia ada kelas . tak boleh on fon lam kelas . tak mengapalah , saya sabar saja .
baru kelmarin ibu pegi , dah rindu , macam mana dgn hari - hari berikutnya ?

tak mengapalah , ibu pegi dgn niat yg baik . untuk menimba ilmu ,
saya doakan supaya ibu selamat pegi , selamat belajar , dan yang paling penting selamat balikk .


terima kasih kerana membaca entry nie .



Monday 18 June 2012

hola hola

assalamualaikum -,-

sihat ? rindu tak ?

kalau aku congak - congak dah dekat 3 minggu kan x update blog . saya nie busy .

dengan tender baru masuk . cek banyak kena tendang . pekerja a.k.a. kuli batak mogok tak nak makan sebab makanan kat cafe mahal . makcik cleaner cuti bersalin 2 minggu lebih . pekerja badmood sebab bergaduh dngan boyfie ,
pengurus akaun makan gaji buta ,
hadoii banyak lagi laa .
almaklumlah bussinesswoman ,
semua nak kena pikir . sampaikan kucing dekat blog sebelah nak beranak pown kena ambik tau .
ok . saya berangan -,-
abaikan .
__________________________________________

baiklah , aku tak tau nak tulis apa sebenarnya ,
perah otak sampai tak ada apa nak diperahkan lagi . HAHA -,-

maafkan saya . bye .

terima kasih kerana membaca entry nie . bye

hantu kak limah .

assalamualaikum -,-

sudah makan ? sudah mandi ? sudah tido ? sudah solat ?
sudah buat kerja sekolah ?
walau apa pown jawapan anda aku bukannya tau pown ( < ____ > ) .

baiklah , aku musykil sikit ni ,
nak tau pasal apa .
macam ni cerita dia .

minggu lepas aku ada update satu entry dekat blog yang 'vouge' nie .
tapi bila aku bukak dah hilang .
err . pegi mana erk ?
mungkin dia malu kowt , sebab ada unsur - unsur lucah dalam entry yg aku tulis hari tu -,- HAHA

tak mengapalah , saya tak kesah -,-

terima kasih kerana membaca entry nie . bye ..

err -'- mana cerita hantu kak limah aku ? maybe dah lari tajuk . tak mengapalah .
assalamualaikum :D

Monday 11 June 2012

Stay - miley cyrus .


well it's good to hear your voice ,
I hope you're doing fine ,
And if you ever wonder ,
I'm lonely here tonight ,
Lost here in this moment ,
And time keeps slipping by ,
And if I could have just one wish ,
I'd have you by my side ,

Oooh oh , I miss you ,
Oooh oh , I need you ,

And I love you more than you did before ,
And if today I don't see your face ,
Nothing's changed no one can take your place ,
Its get harder everyday ,

Say you love me more than you did before ,
And I'm sorry it's this way ,
But I coming home ,
I'll be coming home ,
And if you ask me I will stay ,
 I will stay ,

Well I try to live without you ,
The tears fall from my eyes ,
I'm alone and I feel empty ,
God I'm torn apart inside ,

I look up at the stars ,
Hoping you're doing the same ,
Somehow you feel closer and I can hear you say ,

Oooh oh , I miss you ,
Oooh oh , I need you ,

And I love you more than I did before ,
And if I don't see your face ,
Nothing's changed no one can take your place ,
It get harder everyday ,

Say you love me more than you did before ,
And I'm sorry that it's  this way ,
But I'm coming home I'll be coming home ,
And you ask me I'll stay , I'll stay ,
Always stay ! ,
I never wanna lose you ,
And if I had to I would choose you ,
So stay , please always stay ,
You're the one that I hold onto ,
Cause my heart would stop without you ,

And I love you more than I did before ,
And if today I don't to see your face ,
Nothing's changed no one can take your place ,
It gets harder everyday ,

Say you love me more than you did before ,
And I'm sorry that it's this way ,
But I'm coming home I'll be coming home ,
And if you ask me I'll stay , I will stay ,
I'll always stay ,

And I love you more than I did before ,
And I'm sorry that it's way ,
But I'm coming home I'll be coming home ,
And if you ask me I'll stay ,
I will stay .


bapak best lagu ni . kalau online wajib dengar lagu nie ,
err . kau tak suka ke lagu nie ?
lantak kau la . aku peduli apa , janji aku suka .

terima kasih kerana membaca entry ni . bye :P



Friday 25 May 2012

tips ingin vouge style izzatie ismail . !

Assalamualaikum :D

selamat pagi dan selamat berhujung minggu :D

baiklah . mengenai topik kita pada hari ini . hehe
aku tau anda ada perasaan walaupun sekecil kuman nak jadi perhatian orang ramai bukan ? .
yeah ! saya tau sebab saya pown ada perasaan yang macam tu . HAHA

bangun pagi ,

selalunya kalau kita tengok drama - drama atau filem - filem , orang yang vouge suka bangun lambat .
lepas tu , buka mata still atas katil , dengan baju tidur kau , selimut tebal ,
alas katil tak warna putih , mesti pink , bergantung kepada warna kegemaran masing - masing la . hehe
then , bajet buat video clip lagu-lagu indah bangun pagi . 
senyum simpul macam ada orang nak masuk meminang .
padahal matahari dah terpacak atas kepala -,-

makan ,

ehh mana sesi mandinya ?
orang vouge suka makan dulu baru mandi . kau tak perasan ke ? .
pastu breakfast nak ala-ala barat sikit ,
roti satu plastik , jem 4 , 5 jenis , warna , perisa , dengan air jus .
kebiasaanya , jus oren atau epal -,-
part yang paling penting ialah masa sapu jem dekat roti tu , muka kau kena cover habis sebab manalah tau ada camera depan kau . masuk rancangan apa-apa ke -,-

jenguk mak kau siram pokok kat halaman rumah ,

standardnya macam inilah , mak kau tengah siram pokok ,
kau keluar dengan tak pakai selipar , baju tidur kau yang busuk tu .
kepada sesiapa yang duduk rumah banglo , boleh la buat .
yang duduk kawasan teres , kawasan kampung ,kalau kau bercakap dalam rumah pown jiran sebelah boleh dengar -,-
tidak digalakkan membuat aksi ini . hehe
kau hanya akan di cop sebagai 'anak dara malas mandi' HAHA .
masa tu baru kau tau langit tinggi ke rendah -,-

mandi ,

mandi pulak paling sekejap pown setengah jam , kau basuh jamban ke apa ?
kau ingat rumah tu kau duduk sorang je ? ramai lagi yang nak guna . sengal -,-
pastu bubuh pulak sabun mandi bajet mandi bunga pulakk .
kalau letak kau kat kedai bunga , cukup untuk tampung bau bunga kat kedai tu -,-
lepas mandi , towel semua nak warna putih okeeee . kena tebal yang harganya RM59.90 kat Jusco :p

make up ,

haruslah berjenama Dior , entah apa entah , aku bukan tau pown . HAHA
kalau tak ada duit , beli dekat downtown .
orang bukan tau pown . bubuh la dalam beg diam-diam . aku selalu buat macam ni . *gurauan semata . hehe
masa make up tu pulak , berus pulak kena pelbagai size dan ukuran .
colour eye-shadow kena lengkap semua warna . 
part paling penting kat sini , masa nak pakai maskara . mata naik juling tapi kena maintain .
sebab nak vouge kan ? hehe .
and jangan lupa bulu mata palsu ala-ala Rozita Che Wan , kelas you alls . :D
lipstik , kena la merah barulah senang nak comolot dengan BF kau -,- *jangan tiru aksi ni .

pakaian ,

seharusnya yang berjenama , warna yang menyerlah .
nampak lurah segala bagai , ketat sana dan sini .
and jangan lupa sesiapa yang nak vouge , kena ada skirt pendek atas lutut atas peha . hehe *gelak jahat :D
sebab lelaki confirm akan pandang korang semua .
and tapi kalau kaki kau cantik tak apa .
kalau ada kudis , ruam-ruam , daki . 
tidak digalakkan okeeee :D
kau tetap akan jadi perhatian dan juga ejekan  :)

kasut tumit tinggi , 

aku tak berapa suka sangat kasut ni . 
sebab apa ? suka hati aku la -,-
kau kalau nak vouge kenalah pakai paling kurang pown 3 inci .
baru menyerlah . lepas tu , jalan kena susun elok-elok .
tapi kalau kau setakat nak pergi giant nak beli pencuci baju , pakai jelah sandal weyhh .
menyampah pulak aku tengok .
and of course , kena catwalk , jangan kengkang , mendada .
baru ala-ala model . HAHA
kalau terjatuh , bangun dan kata , saya ok , kasut nie nak putus agaknya :P
tu jelah alasan paling mudah untuk aku fikir sekarang .

beg tangan ,

kenalah size besar untuk kau sumbat segala haram kejadah benda yang tak ada function . 
handphone , dompet , make-up , camera , ipod adalah benda penting .
kalau tertinggal , baik kau campak beg kau tu tengah jalan kena lenyek ribuan kereta yang ada dekat Malaysia nie -,-
warna kenalah menyerlah macam makcik bedah suka pakai ,
warna kuning diraja pown ok jugak kan ? i loooiiiikkeeee :D
hahahahha . merepeknya :P

cermin mata artis bercerai ,

apakah benda ni ? alaaaaa , cermin mata yang size besar tu . tipulah kalau kau tak tau .
erm , kalau tak tau jugak . 
setiap hari ahad , tv3 , pukol 12.30 tengahari cerita melodi . 
ada artis guna benda alah ni kalau kes masuk mahkamah .
kalau kau berjalan dekat tepi-tepi jalan tengah panas . pakailah -,-
super-b wa cakap luu .
confirm orang tengok la . walaupun muka kau macam minta penyepak dia . hehe

cara bercakap ,

kena bajet gedik , walaupun kau tak gedik sangat .
cakap dengan nada yang kuat bagi  semua orang dengar ,
kalau marah , kau maki je orang tu . barulah 'HOT' . HAHA
and then kalau gelak , buat lepukan ala-ala bapuk .
terbaik lah . hehee

perangai ,

kau kena buat perangai yang memang orang akan meluat dan menyampah .
orang gila glamour je nak kawan dgn kau . baru la vouge -,-
kau kena gedik , bajet-bajet sikit , and banyak kerenah .

kalau kau semua dah berjaya buat semua nie ,
andalah manusia paling vouge :D

p/s : aku merepek dari mula sampai habis . terima kasih sebab sudi baca -,-

tips - tips menjawab exam style izzatie ismail . !


Assalamualaikum :D
cuaca yang panas sekarang nie memanaskan tubuh badan yang sedia panas
saya sedang mencarut -,-
abaikan =,=

ramai yang mengeluh , mengadu , memaki hamun , mencarut - carut kat facebook .
nak belajar tak masuk otak lah .
takut nak jawab exam esok lah .
ada pulak tu , yang bajet , konon - konon tak takut , 'wa tak gentar la weyh' .
esok pagi datang sekolah kelam kabut baca buku , sampai orang tegur pown tak layan -,-

so , aku dengan murah hati dan ringan tulang yang sedia ringan nie nak kongsi tips bagaimana nak belajar dan menjawab peperiksaan . hehe *bajet

sebelum peperiksaan

baca buku -,-


anda semua tak payah la bajet baca buku tebal - tebal . memadai dengan membaca nota - nota ringkas .
kalau dah pemalas sangat and tak ada masa , baca la buku tebal tu sekali imbas .
kalau ada rezeki , lekatlah dua tiga isi penting .

makan -,-


perut tu jangan terlalu lapar atau kenyang ,
and jangan pulak kau makan tomyam buatan makcik kelantan yang kaw - kaw pedasnya , minum air 5 botol pown terjelir - jelir lidah lagi , air mata mengalir , and badan menggeletar macam kena sampuk dek syaitan . HAHA
silap - silap masa tengah jawab exam nanti heboh nak ke tandas . pembaziran masa di situ .

tidur secukupnya -,-


mengikut buku - buku motivasi kena tidur 8 jam segala bagai . tapi bagi aku 8 jam tu macam tak cukup je .
so , aku cadangkan anda semua tak payah tidur , senang cerita .
payah sangat nak bangun pagi kan ? HAHA
lepas tu pergi sekolah , menguap macam badak :D

semasa peperiksaan ,

baca doa -,-


ini sangat penting untuk memberkati anda semua punya ilmu ,
agak - agak stok mana yang tak sembahyang tu , lebih afdallah anda semua berdoa banyak - banyak .
dah la tak sembahyang , nak result baguss , haaapuiihh ! hehe *gurauan semata .
baca doa tu jagan la panjang lebar sampai anda semua kena alih meja kawan sebelah melutut tepi kerusi menghadap kiblat . sekadar doa yang simple - simple je , dgn niat yg betul :)

tulis nama -,-


kita hendaklah berbangga dengan nama kita sendiri . walaupun nama kau Saodah atau Hang Tuah .
tulis je .kisah apa pulak kau ? . tulis je .
and jangan sesekali tulis nama anda macam dekat facebook anda macam mimi cute gurlz . WTF ?!

tengok kiri , kanan dan senyum -,-


memang salah disisi undang - undang peperiksaan tengok kiran dan kanan , but chill la babe .
urat saraf tengkuk dah tergeliat pown tak kan nak pandang kertas je . kena la exercise skit . baru la darah berjalan dengan sempurna . HAHA
senyum tak bermakna kita nak meniru . senyum tandanya kita dah sakit otot - otot muka berkerut tengok soalan pertama apatah lagi soalan kedua dan seterusnya . lagipun , senyum tu kan sedekah . HEHE

kalau tak tahu jawab ?


pergi sekolah kau buat apa ? tak belajar ke ? cikgu ajar kau buat apa ? ini yg aku nak marah ni !

benda alah tu selalu bermain di fikiran bila kita blank tak ingat fakta sejarah atau formula matematik .

masa nie anda semua kena mulakan plan A , iaitu tiru kawan sebelah . HAHA

tak dapat sebab cikgu tu pandang - pandang , rapat - rapat bajet video clip Ana Raffali ? HAHA .

tak mengapa kita ke plan B , iaitu ingat balik muka cikgu yang cute tu .

tak boleh jugak ?

masa nie anda semua terpaksa hentam , tawakal je la .

tapi tak confident dgn jawapan yg hentam tu ?

kau campak kertas kau tu , pastu bakar biarkan hanyut dengan air hujan .
lepas tu , kau pergi pejabat sekolah , mintak borang berhenti sekolah .

susah sangat , kecil - kecil tak nak mampos , besar - besar menyusahkan orang .
pergi sekolah duit belanja nak banyak , belajar ciput je .
*sorry , emotional

terima kasih kerana membaca entry nie..*yang baik jdikan teladan , yang buruk ,campak je kat Sungai Klang . :D

Thursday 24 May 2012

Sekolah tempat menimba ilmu.. !

assalamualaikum :p

topik kita hari ini adalah sekolah :)
yeaaaahhhhh :D

dah 11 tahun dah aq sekolah , dari tadika , ke prasekolah , sekolah rendah , menengah
dari sekolah setingkat , dah naik dua tingkat , dan sekarang 9 tingkat ,
alhamdulillah la tak dapat kelas tempat jin bertendang ,
dekat dgn tangga , surau , bilik guru , dan toilet.
segala-galanya dekat ^__^


memandangkan ini tahun PMR *oh my Allah*
aku nak kongsi la pengalaman dan sedikit info yang telah aq kaji selidik..:p

sekolah rendah ,

hari pertama sekolah , seronok gilaaa , bangun awal , mandi air panas , bapak best -,-
lepas tu sarapan nugget , sosej siap sos dgn mayonis , air milo panas.
mak mak pulak bukan main rajin macam mereka pulak yg nak masuk sekolah. HAHA..

pakai baju baru , beg baru , kasut baru.

rambut sikat kemas , bagi lelaki
yang perempuan , macam macam fesyen , ikat satu , dua , tiga , tocang semua ada

beg ada roda ,
gambar barbie dan superman pilihan paling top
sebab bajet nampak sweet dan hot gituu . hehee

pensil box , lengkap satu set , dgn pembaris , pemadam , pensel , sharpener , dan gunting plastik.
budak-budak bukan tau apa . nak pegi skola..nak show off
kecil-kecil dah pandai . HAHA

lepas tu , sampai sekolah muka dah lain , sebab tengok rmai budak.
kau tengok aku . aku tengok kau . HAHA

lepas dah duduk dalam kelas tu , sengih memanjang .

"oke la , mak balik dulu .nanti kejap lagi mak datang balik . "
"alaaaa . mak , mak , tak naak , nak balik jugak .
*sambil melalak macam mak kau nak pergi perang*

lepas tu mak kau pown pujuk laa . macam - macam mak kau cakap
janji nak beli ais - krim la , gula - gula la .
ultraman paling besar kalah anak jiran sebelah punyaa
kau tetap menangis jugak . hahhaaha

lepas tu sedar tak sedar kau dah nak ambil UPSR .
result kau boleh la tahan . dapat la handphne nokia sebijik yang baling kat anjing pown mati .
gaban tak gaban handphone kau tu . dgn nada dering yang ciut miut.. HAHA

sekolah menengah

haloo..saya dah pakai kain warna biru cair and of course saya dah bakar kain biru tua tu .
HAHA . *bongkak

kain singkat macam mangsa banjir , tudung pendek serupa pinjam tudung adik kau punya .
seluar kecik bawah , bajet kaki kurus , seluar besar bawah , konon style agogo .
rambut pacak - pacak , cicak jatuh atas kepala boleh mati syahid .
and tidak ketinggalan , sneakers yang macam-macam style .
jam warna - warni , beg pelbagai bentuk dan saiz .
make-up tak tinggal bagi yang perempuan
yang lelaki , wax dan sikat benda penting perlu ada sebelum pergi ke sekolah .

makbapak tak payah hantar pegi sekolah dah .
jalan kaki sendiri sebab senang nak singgah kedai beli topup .
bagi duit belanja tu lebih - lebih sikit , konon nak beli kertas buat folio .

form 1
dah pandai dah nak ada gf / bf . kalau tak ada . rasa macam nak berhenti sekolah .
padahal tak ada maknanya pown .
mula bajet kau paling handsome kat sekolah tu . hanya kau tiada yang lain .
tapi still main kejar - kejar dekat tapak perhimpunan time rehat .
tak hebat langsung . HAHA

form 2
dah pandai nak kluar rumah -,- . duit mak bapak yang bagi jugak
lepak sunway ja masa tu . baru nak up la katakan .
dengan skinny dan t-shirt elmo kau .
tak awesomeee okee . hehee .
masuk library hari - hari , konon nak baca buku tapi nak date dgn kekasih hati
dengan abang form5 kelas akaun . HAHA

form 3
dah pandai minta moto , bapak kau pown kasi la , walhal dia tau yang kau takde lesen .
anak bapak la katakan -,-
yang perempuan , dah pandai pergi salon buat rambut ala -ala Paris Hilton -,- .
tak vouge sangat :D .
and mula perkenalkan gf / bf kau yang tak 'hot' tu kepada makbapak dengan harapan boleh kahwin esok lusa .
kau jawab PMR dulu laa .

form 4
mula berjinak - jinak dalam bidang ponteng sekolah dan hisap rokok .
bergaduh psal dia rampas balak wa . wa nak repeat sama itu orang . HAHA
and of course . bila putus cinta rsa macam nak bunuh diri -,-
masa nie..hey guyss sabtu nie lepak gurney nak ?
ambil gambar depan entrace and dalam toilet yang ada cermin besar tu .
ajak boyfie korang sekali , sebab boleh merapatkan hubungan silaturrahim .
comolot sikitt . HAHA

form 5
slow down sikit , masing - masing mula dapat kesedaran nak habis sekolah dah .
and nak ambik SPM . tapi ada yang tak ada kesedaran . dah tak lepak sunway dah . lepak gurney jaa
motor , motor dah tak guna . guna kereta je .
kereta makbapak kau yang jadi mangsa . duit minyak pown kau tak hulur . kau meronda entah mana -mana .
tusyen adalah rutin harian dan belajar adalah kerja sepenuh masa (:

macam - macamkan ? tapi inilah realiti yang telah aku kaji selidik dan ditokok tambah oleh pemuda pemudi harapan bangsa .
sebab tu segala - galanya bagi usia remaja ni
masa banyak dihabiskan dekat sekolah .

moral of the story : sayangilah sekolah anda . jangan pecehkan paip dalam tandas =,=

terima kasih kerana mmbaca entry nie -,- bye .