Thursday 19 July 2012

Renungan Bersama



Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu.

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?
Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.
Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=" ok baiiiiii......................................

Suri : Sekadar renungan kita bersama :)
 
    p/s :  aku hampir menangis apa yang dikatakan Suri tuu . tapi aku kuat , ceit! 

Monday 16 July 2012

Perhatian !

Assalamualaikum :)

Dengan ini dimaklumkan bahawasanya saya Nurul Izzati Bt Ismail a.k.a Budak Tak Hot Pun -,-
ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia -,-
iaitu perkara berkaitan dengan account Twitter , account Tagged , account 1st Facebook dgn nama
samaran Nurul Ezza Ezzatie telah ditutup atau dalam bahasa glamour
'close account' atas sebab - sebab yang tertentu ,
tapi dalam banyak - banyak account -,-
account Tagged yang bermakna , sebab ada skandal aku dalam tuu ,
dahla no fon dia lupa nak ambil , then aku pegi close account plak , tak bleh chat dah ,
melainkan aku buat account baru =,=
* k yg ni tipu
 
account Twitter ,

aku close account ni sebab aku tak jumpa langsung faedah bila aku buka benda alah tu ,
setelah berfikiran matang dan dipersetujui oleh aku sendiri , aku ambil keputusan nak close account tu ,
kalau aku tak buat macam tuu , tangan aku akan sengaja nak buka dan buka :)

account Tagged ,

aku close account ni jugak sebab aku asyik chat dengan orang yang sama jee *boleh pakai tak alasan nie ?
sebenarnya aku close account nie sebab aku tak suka orang yang dekat dalam tu ,
so , aku buat keputusan yang matang sekali lagi , nak close account ,

account 1st Facebook ,

aku deactive benda alah ni sebab ada gambar aku yang tak pakai tudung ,
almaklumlah dah nak puasa kann , tak sopan la pulakk -,-
niat dihati nak tutup aurat dengan sempurna , sebab dah besaq panjang dahh ,  ,
*baguss tak aku , kalau bagus tepuk tangan sikitt ,

tu jelah nak cerita , tgh hujan sekarang nie , tido konfem best -,-

terima kasih kerana sudi baca entry nie .





Monday 9 July 2012

tak payah tittle laa



aku menangis masa pertama kali baca benda ni . -,-
~ silalah percaya ~

:)

Tuesday 3 July 2012

Soalan Pelik Sepanjang Zaman

Assalamualaikum ,
topik ni dapat secara spontan beberapa minit lepas ,
Soalan-Soalan Pelik Sepanjang Zaman :D
okay dia punya tajuk je dah macam cukup satu ayat -,-

definisi :
soalan-soalan pelik ni adalah hasil kajian aku selama beberapa tahun . tak silap aku dari form 1 sampailah sekarang . walaupun kita tak suka benda-benda macam ni tapi kadang-kadang kita terpaksa juga mengajukan soalan-soalan sebegini rupa supaya tak di cop sebagai manusia membosankan dan dengan serta merta anda di remove dari friends list seseorang , lepas beberapa minggu anda boleh la close account .
terima kasih :D
 
situasi 1 :-

Ahmad segera menelefon telefon rumah Abu pada petang itu
untuk mengajak beliau hisap rokok tepi longkang ,

Ahmad : Hello ,
Abu : Ya , nak cakap dengan siapa ?
Ahmad : Abu ada ?
Abu : Ya bercakap , ni siapa ye ?
Ahmad : WOIHOI ni aku la Abu Taiko Rawang ! kau kat mana ? jom keluar ,
Abu : kat rumah laaaa -,-
Ahmad : oh yekeee ? -,-
Abu : yelaaaa ! -,-
 
situasi 2 :-

Mak Jemah sedang menyidai pakaian di halaman rumah , lalu disapa oleh Mak Temah , jiran hujung lorong yang baru pulang dari beli ikan kembong RM5.50 sekilo ,

Mak Temah : Woii Jemah , jemur baju keeee ?
Mak jemah : tak laaaa ! basuh kuali -,-
Mak Temah : o,o

dah la , 2 situasi je aku dapat fikir , sebab aku jarang la nak bertanyakan soalan-soalan pelik ni .
moral of the story :
jadilah orang yang bijak walaupun nak bergurau jangan sampai menyusahkan orang lain
nak jawab soalan yang dah terpampang depan mata :D
 
terima kasih kerana membaca entry nie bye .