Friday 25 May 2012

tips ingin vouge style izzatie ismail . !

Assalamualaikum :D

selamat pagi dan selamat berhujung minggu :D

baiklah . mengenai topik kita pada hari ini . hehe
aku tau anda ada perasaan walaupun sekecil kuman nak jadi perhatian orang ramai bukan ? .
yeah ! saya tau sebab saya pown ada perasaan yang macam tu . HAHA

bangun pagi ,

selalunya kalau kita tengok drama - drama atau filem - filem , orang yang vouge suka bangun lambat .
lepas tu , buka mata still atas katil , dengan baju tidur kau , selimut tebal ,
alas katil tak warna putih , mesti pink , bergantung kepada warna kegemaran masing - masing la . hehe
then , bajet buat video clip lagu-lagu indah bangun pagi . 
senyum simpul macam ada orang nak masuk meminang .
padahal matahari dah terpacak atas kepala -,-

makan ,

ehh mana sesi mandinya ?
orang vouge suka makan dulu baru mandi . kau tak perasan ke ? .
pastu breakfast nak ala-ala barat sikit ,
roti satu plastik , jem 4 , 5 jenis , warna , perisa , dengan air jus .
kebiasaanya , jus oren atau epal -,-
part yang paling penting ialah masa sapu jem dekat roti tu , muka kau kena cover habis sebab manalah tau ada camera depan kau . masuk rancangan apa-apa ke -,-

jenguk mak kau siram pokok kat halaman rumah ,

standardnya macam inilah , mak kau tengah siram pokok ,
kau keluar dengan tak pakai selipar , baju tidur kau yang busuk tu .
kepada sesiapa yang duduk rumah banglo , boleh la buat .
yang duduk kawasan teres , kawasan kampung ,kalau kau bercakap dalam rumah pown jiran sebelah boleh dengar -,-
tidak digalakkan membuat aksi ini . hehe
kau hanya akan di cop sebagai 'anak dara malas mandi' HAHA .
masa tu baru kau tau langit tinggi ke rendah -,-

mandi ,

mandi pulak paling sekejap pown setengah jam , kau basuh jamban ke apa ?
kau ingat rumah tu kau duduk sorang je ? ramai lagi yang nak guna . sengal -,-
pastu bubuh pulak sabun mandi bajet mandi bunga pulakk .
kalau letak kau kat kedai bunga , cukup untuk tampung bau bunga kat kedai tu -,-
lepas mandi , towel semua nak warna putih okeeee . kena tebal yang harganya RM59.90 kat Jusco :p

make up ,

haruslah berjenama Dior , entah apa entah , aku bukan tau pown . HAHA
kalau tak ada duit , beli dekat downtown .
orang bukan tau pown . bubuh la dalam beg diam-diam . aku selalu buat macam ni . *gurauan semata . hehe
masa make up tu pulak , berus pulak kena pelbagai size dan ukuran .
colour eye-shadow kena lengkap semua warna . 
part paling penting kat sini , masa nak pakai maskara . mata naik juling tapi kena maintain .
sebab nak vouge kan ? hehe .
and jangan lupa bulu mata palsu ala-ala Rozita Che Wan , kelas you alls . :D
lipstik , kena la merah barulah senang nak comolot dengan BF kau -,- *jangan tiru aksi ni .

pakaian ,

seharusnya yang berjenama , warna yang menyerlah .
nampak lurah segala bagai , ketat sana dan sini .
and jangan lupa sesiapa yang nak vouge , kena ada skirt pendek atas lutut atas peha . hehe *gelak jahat :D
sebab lelaki confirm akan pandang korang semua .
and tapi kalau kaki kau cantik tak apa .
kalau ada kudis , ruam-ruam , daki . 
tidak digalakkan okeeee :D
kau tetap akan jadi perhatian dan juga ejekan  :)

kasut tumit tinggi , 

aku tak berapa suka sangat kasut ni . 
sebab apa ? suka hati aku la -,-
kau kalau nak vouge kenalah pakai paling kurang pown 3 inci .
baru menyerlah . lepas tu , jalan kena susun elok-elok .
tapi kalau kau setakat nak pergi giant nak beli pencuci baju , pakai jelah sandal weyhh .
menyampah pulak aku tengok .
and of course , kena catwalk , jangan kengkang , mendada .
baru ala-ala model . HAHA
kalau terjatuh , bangun dan kata , saya ok , kasut nie nak putus agaknya :P
tu jelah alasan paling mudah untuk aku fikir sekarang .

beg tangan ,

kenalah size besar untuk kau sumbat segala haram kejadah benda yang tak ada function . 
handphone , dompet , make-up , camera , ipod adalah benda penting .
kalau tertinggal , baik kau campak beg kau tu tengah jalan kena lenyek ribuan kereta yang ada dekat Malaysia nie -,-
warna kenalah menyerlah macam makcik bedah suka pakai ,
warna kuning diraja pown ok jugak kan ? i loooiiiikkeeee :D
hahahahha . merepeknya :P

cermin mata artis bercerai ,

apakah benda ni ? alaaaaa , cermin mata yang size besar tu . tipulah kalau kau tak tau .
erm , kalau tak tau jugak . 
setiap hari ahad , tv3 , pukol 12.30 tengahari cerita melodi . 
ada artis guna benda alah ni kalau kes masuk mahkamah .
kalau kau berjalan dekat tepi-tepi jalan tengah panas . pakailah -,-
super-b wa cakap luu .
confirm orang tengok la . walaupun muka kau macam minta penyepak dia . hehe

cara bercakap ,

kena bajet gedik , walaupun kau tak gedik sangat .
cakap dengan nada yang kuat bagi  semua orang dengar ,
kalau marah , kau maki je orang tu . barulah 'HOT' . HAHA
and then kalau gelak , buat lepukan ala-ala bapuk .
terbaik lah . hehee

perangai ,

kau kena buat perangai yang memang orang akan meluat dan menyampah .
orang gila glamour je nak kawan dgn kau . baru la vouge -,-
kau kena gedik , bajet-bajet sikit , and banyak kerenah .

kalau kau semua dah berjaya buat semua nie ,
andalah manusia paling vouge :D

p/s : aku merepek dari mula sampai habis . terima kasih sebab sudi baca -,-

tips - tips menjawab exam style izzatie ismail . !


Assalamualaikum :D
cuaca yang panas sekarang nie memanaskan tubuh badan yang sedia panas
saya sedang mencarut -,-
abaikan =,=

ramai yang mengeluh , mengadu , memaki hamun , mencarut - carut kat facebook .
nak belajar tak masuk otak lah .
takut nak jawab exam esok lah .
ada pulak tu , yang bajet , konon - konon tak takut , 'wa tak gentar la weyh' .
esok pagi datang sekolah kelam kabut baca buku , sampai orang tegur pown tak layan -,-

so , aku dengan murah hati dan ringan tulang yang sedia ringan nie nak kongsi tips bagaimana nak belajar dan menjawab peperiksaan . hehe *bajet

sebelum peperiksaan

baca buku -,-


anda semua tak payah la bajet baca buku tebal - tebal . memadai dengan membaca nota - nota ringkas .
kalau dah pemalas sangat and tak ada masa , baca la buku tebal tu sekali imbas .
kalau ada rezeki , lekatlah dua tiga isi penting .

makan -,-


perut tu jangan terlalu lapar atau kenyang ,
and jangan pulak kau makan tomyam buatan makcik kelantan yang kaw - kaw pedasnya , minum air 5 botol pown terjelir - jelir lidah lagi , air mata mengalir , and badan menggeletar macam kena sampuk dek syaitan . HAHA
silap - silap masa tengah jawab exam nanti heboh nak ke tandas . pembaziran masa di situ .

tidur secukupnya -,-


mengikut buku - buku motivasi kena tidur 8 jam segala bagai . tapi bagi aku 8 jam tu macam tak cukup je .
so , aku cadangkan anda semua tak payah tidur , senang cerita .
payah sangat nak bangun pagi kan ? HAHA
lepas tu pergi sekolah , menguap macam badak :D

semasa peperiksaan ,

baca doa -,-


ini sangat penting untuk memberkati anda semua punya ilmu ,
agak - agak stok mana yang tak sembahyang tu , lebih afdallah anda semua berdoa banyak - banyak .
dah la tak sembahyang , nak result baguss , haaapuiihh ! hehe *gurauan semata .
baca doa tu jagan la panjang lebar sampai anda semua kena alih meja kawan sebelah melutut tepi kerusi menghadap kiblat . sekadar doa yang simple - simple je , dgn niat yg betul :)

tulis nama -,-


kita hendaklah berbangga dengan nama kita sendiri . walaupun nama kau Saodah atau Hang Tuah .
tulis je .kisah apa pulak kau ? . tulis je .
and jangan sesekali tulis nama anda macam dekat facebook anda macam mimi cute gurlz . WTF ?!

tengok kiri , kanan dan senyum -,-


memang salah disisi undang - undang peperiksaan tengok kiran dan kanan , but chill la babe .
urat saraf tengkuk dah tergeliat pown tak kan nak pandang kertas je . kena la exercise skit . baru la darah berjalan dengan sempurna . HAHA
senyum tak bermakna kita nak meniru . senyum tandanya kita dah sakit otot - otot muka berkerut tengok soalan pertama apatah lagi soalan kedua dan seterusnya . lagipun , senyum tu kan sedekah . HEHE

kalau tak tahu jawab ?


pergi sekolah kau buat apa ? tak belajar ke ? cikgu ajar kau buat apa ? ini yg aku nak marah ni !

benda alah tu selalu bermain di fikiran bila kita blank tak ingat fakta sejarah atau formula matematik .

masa nie anda semua kena mulakan plan A , iaitu tiru kawan sebelah . HAHA

tak dapat sebab cikgu tu pandang - pandang , rapat - rapat bajet video clip Ana Raffali ? HAHA .

tak mengapa kita ke plan B , iaitu ingat balik muka cikgu yang cute tu .

tak boleh jugak ?

masa nie anda semua terpaksa hentam , tawakal je la .

tapi tak confident dgn jawapan yg hentam tu ?

kau campak kertas kau tu , pastu bakar biarkan hanyut dengan air hujan .
lepas tu , kau pergi pejabat sekolah , mintak borang berhenti sekolah .

susah sangat , kecil - kecil tak nak mampos , besar - besar menyusahkan orang .
pergi sekolah duit belanja nak banyak , belajar ciput je .
*sorry , emotional

terima kasih kerana membaca entry nie..*yang baik jdikan teladan , yang buruk ,campak je kat Sungai Klang . :D

Thursday 24 May 2012

Sekolah tempat menimba ilmu.. !

assalamualaikum :p

topik kita hari ini adalah sekolah :)
yeaaaahhhhh :D

dah 11 tahun dah aq sekolah , dari tadika , ke prasekolah , sekolah rendah , menengah
dari sekolah setingkat , dah naik dua tingkat , dan sekarang 9 tingkat ,
alhamdulillah la tak dapat kelas tempat jin bertendang ,
dekat dgn tangga , surau , bilik guru , dan toilet.
segala-galanya dekat ^__^


memandangkan ini tahun PMR *oh my Allah*
aku nak kongsi la pengalaman dan sedikit info yang telah aq kaji selidik..:p

sekolah rendah ,

hari pertama sekolah , seronok gilaaa , bangun awal , mandi air panas , bapak best -,-
lepas tu sarapan nugget , sosej siap sos dgn mayonis , air milo panas.
mak mak pulak bukan main rajin macam mereka pulak yg nak masuk sekolah. HAHA..

pakai baju baru , beg baru , kasut baru.

rambut sikat kemas , bagi lelaki
yang perempuan , macam macam fesyen , ikat satu , dua , tiga , tocang semua ada

beg ada roda ,
gambar barbie dan superman pilihan paling top
sebab bajet nampak sweet dan hot gituu . hehee

pensil box , lengkap satu set , dgn pembaris , pemadam , pensel , sharpener , dan gunting plastik.
budak-budak bukan tau apa . nak pegi skola..nak show off
kecil-kecil dah pandai . HAHA

lepas tu , sampai sekolah muka dah lain , sebab tengok rmai budak.
kau tengok aku . aku tengok kau . HAHA

lepas dah duduk dalam kelas tu , sengih memanjang .

"oke la , mak balik dulu .nanti kejap lagi mak datang balik . "
"alaaaa . mak , mak , tak naak , nak balik jugak .
*sambil melalak macam mak kau nak pergi perang*

lepas tu mak kau pown pujuk laa . macam - macam mak kau cakap
janji nak beli ais - krim la , gula - gula la .
ultraman paling besar kalah anak jiran sebelah punyaa
kau tetap menangis jugak . hahhaaha

lepas tu sedar tak sedar kau dah nak ambil UPSR .
result kau boleh la tahan . dapat la handphne nokia sebijik yang baling kat anjing pown mati .
gaban tak gaban handphone kau tu . dgn nada dering yang ciut miut.. HAHA

sekolah menengah

haloo..saya dah pakai kain warna biru cair and of course saya dah bakar kain biru tua tu .
HAHA . *bongkak

kain singkat macam mangsa banjir , tudung pendek serupa pinjam tudung adik kau punya .
seluar kecik bawah , bajet kaki kurus , seluar besar bawah , konon style agogo .
rambut pacak - pacak , cicak jatuh atas kepala boleh mati syahid .
and tidak ketinggalan , sneakers yang macam-macam style .
jam warna - warni , beg pelbagai bentuk dan saiz .
make-up tak tinggal bagi yang perempuan
yang lelaki , wax dan sikat benda penting perlu ada sebelum pergi ke sekolah .

makbapak tak payah hantar pegi sekolah dah .
jalan kaki sendiri sebab senang nak singgah kedai beli topup .
bagi duit belanja tu lebih - lebih sikit , konon nak beli kertas buat folio .

form 1
dah pandai dah nak ada gf / bf . kalau tak ada . rasa macam nak berhenti sekolah .
padahal tak ada maknanya pown .
mula bajet kau paling handsome kat sekolah tu . hanya kau tiada yang lain .
tapi still main kejar - kejar dekat tapak perhimpunan time rehat .
tak hebat langsung . HAHA

form 2
dah pandai nak kluar rumah -,- . duit mak bapak yang bagi jugak
lepak sunway ja masa tu . baru nak up la katakan .
dengan skinny dan t-shirt elmo kau .
tak awesomeee okee . hehee .
masuk library hari - hari , konon nak baca buku tapi nak date dgn kekasih hati
dengan abang form5 kelas akaun . HAHA

form 3
dah pandai minta moto , bapak kau pown kasi la , walhal dia tau yang kau takde lesen .
anak bapak la katakan -,-
yang perempuan , dah pandai pergi salon buat rambut ala -ala Paris Hilton -,- .
tak vouge sangat :D .
and mula perkenalkan gf / bf kau yang tak 'hot' tu kepada makbapak dengan harapan boleh kahwin esok lusa .
kau jawab PMR dulu laa .

form 4
mula berjinak - jinak dalam bidang ponteng sekolah dan hisap rokok .
bergaduh psal dia rampas balak wa . wa nak repeat sama itu orang . HAHA
and of course . bila putus cinta rsa macam nak bunuh diri -,-
masa nie..hey guyss sabtu nie lepak gurney nak ?
ambil gambar depan entrace and dalam toilet yang ada cermin besar tu .
ajak boyfie korang sekali , sebab boleh merapatkan hubungan silaturrahim .
comolot sikitt . HAHA

form 5
slow down sikit , masing - masing mula dapat kesedaran nak habis sekolah dah .
and nak ambik SPM . tapi ada yang tak ada kesedaran . dah tak lepak sunway dah . lepak gurney jaa
motor , motor dah tak guna . guna kereta je .
kereta makbapak kau yang jadi mangsa . duit minyak pown kau tak hulur . kau meronda entah mana -mana .
tusyen adalah rutin harian dan belajar adalah kerja sepenuh masa (:

macam - macamkan ? tapi inilah realiti yang telah aku kaji selidik dan ditokok tambah oleh pemuda pemudi harapan bangsa .
sebab tu segala - galanya bagi usia remaja ni
masa banyak dihabiskan dekat sekolah .

moral of the story : sayangilah sekolah anda . jangan pecehkan paip dalam tandas =,=

terima kasih kerana mmbaca entry nie -,- bye .